Saturday, December 10, 2011

..sukar untuk aku ungkapkan..

Dear blogger~
lama rasa nyer aku tak UPDATE blog nie..rasanya dah 3 bulan tak update..hehe~ (^__^)
kat sini aku ada beberapa ceritalah nak dikongsikan dengan korang..lama dah tak update mesti la banyak STORY yang nak disampaikan..huhu~

kat sini aku nak cerita LIFE aku sebagai seorang ASSISTANT ENVIRONMENTAL HEALTH OFFICER TRAINEE ataupun dalam bahasa melayu nyer PELATIH PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP)..aku telah ditempatkan di PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN SAMARAHAN sebagai tempat latihan aku..seronok sebenarnya LIFE seorang pelajar yang sedang berpraktikal nie..dari aku tak tahu apa-apa pasal kerja seorang PPKP, then aku boleh tahu dan belajar sikit-sikit pasal kerja PPKP..dari mata kasar nampak jer senang..tapi bila dibuat, susah giler~ (T__T) macam-macam cabaran dan halangan yang perlu ditempuh..dari situ jugak la aku sedikit sebanyak belajar untuk menguatkan diri aku bukan saja dari segi fizikal tapi dari segi MENTAL dan PSYCHOLOGICAL..yakinlah yang aku HARUS KUAT untuk menerima apa-apa cabaran dan halangan yang diberikan..aku tahu, ALLAH SWT sentiasa bersama aku.. (^___^)

sekarang aku dapat mempelajari sesuatu yang baru..bukan setakat mempelajari pasal alam sekitar tapi aku juga dapat belajar sesuatu melalui sikap dan sifat manusia..korang tentu tahukan MANUSIA nie rambut sama hitam tapi HATI lain-lain..tapi kita janganlah cepat percaya dan hanya bersangka baik pada ORANG yang dari luarnya nampak BAIK! tapi tak semesti nyer orang yang kita anggap baik tu baik la sangatkan~ dan kita perlulah menilai INDIVIDU itu melalui HATI mereka..yang nampak baik itu tak semuanya baik dan yang jahat itu tak semuanya jahat..kadang-kadang kita buat baik itulah yang akan dipandang HINA..tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya..orang yang buat jahat pula mereka pandang MULIA..alahai manusia..nampak sangat mereka nie menilai orang dari MATA KASAR jer~ erm..nak mintak PENDAPAT korang la..bukan nak mintak PENDAPATAN korang yer..haha~ kenapa ada jugak orang yang buat camtu yer? dalam persoalan aku pulak nape diorang buat macam tu..

korang nak tahu kenapa aku cerita pasal nie? sebab aku telah melalui semua ini..setiap perkara baik yang aku buat akan orang pandang serong..nampak sangat DENGKI..huhu~ tapi aku tak kesah sangatlah dengan apa yang diorang cakap..aku cuma nak kongsi sikit ngan korang pasal ORANG PELIK yang pernah aku jumpa sepanjang perjalanan hidup aku nie..mungkin sebelum ini orang yang seperti ini pernah aku jumpa, cuma aku tak perasan jer..pedulikanlah apa orang cakap, teruskan hidup aku untuk menjadi seorang insan yang berguna pada KELUARGA, AGAMA, BANGSA dan NEGARA~ (^__^) anak-anak remaja di luar sana, kalau korang sama macam situasi aku, IGNORE jer diorang yer..itulah yang TERBAIK! biar Allah jer yang balas semua apa yang diorang lakukan.. (^__^) sesungguhnya Dia Maha Berkuasa ke atas seluruh umatNya..

aku masih ingat kata-kata arwah MAK dulu, "kalau kita buat baik atau berjaya, tak semua orang akan tumpang GEMBIRA dengan kita..malah orang akan memburukkan kita sebab mereka DENGKI dengan kelebihan yang kita dapat..walaupun ramai yang tak suka, tapi MAK dan BAPAK tetap BANGGA dengan apa yang ANAK-ANAK dapat..sesuatu yang kita lakukan tak semua orang hargai..tapi MAK BAPAK akan sentiasa menghargai dan akan selalu menyokong korang ADIK-BERADIK sehingga berjaya.."
mak, aku akan sentiasa ingat setiap pesanan dan sokongan dari mak dan jugak bapak..setiap kata-kata semangat yang diberikan kalian berdua sentiasa dijadikan sebagai MOTIVASI untuk aku meneruskan hidupku..


..dan aku hanya mampu tersenyum untuk lalui liku-liku kehidupanku sebagai seorang insan yang lemah..


0 comments:

Post a Comment

Happy Birthday SASHA!

Daisypath Happy Birthday tickers