Monday, August 22, 2011

Warkah Berlagu Pilu Buat Arwah Mak Yang Disayangi


Mak..
saat aku memeluk erat tubuhmu pada 22 Mei 2011 sangat memilukan hatiku..
tidak aku sangkakan itulah saat yang terakhir aku memelukmu untuk selama-lamanya..
24 Mei 2011 bersamaan dengan 20 Jamadilakhir 1432H pada jam 11.10 pm, nafasmu yang terakhir dihembuskan..
pemergianmu amat terasa di hatiku..
amat menyedihkan lagi, mak pergi meninggalkan dunia ini di tempat orang..
tidak sempat untuk aku menatap wajah mak sepenuhnya untuk kali yang terakhirnya..
jenazah mak tiba lengkap dibaluti kain putih dengan kemasnya..
hanya bahagian mulut dan hidungmu sambil mencium hidungmu saja yang sempat aku lihat dan lakukan buat terakhirnya..
mak tersenyum dikala semua orang berada dalam keadaan sedih..
berseri wajah arwah mak sebelum dikebumikan..
pilu bercampur baur hatiku pilu..
menangis di luar dan di dalam aku pada saat-saat ini berlaku..
hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya perpisahan berlaku..
bukan untuk sementara tapi untuk selama-lamanya..

Mak..
aku benar-benar dahagakan kasih sayangmu..
selama 20 tahun aku masih bernafas belum cukup untuk aku simpatikan kasih sayangmu, wahai ibuku..
tiada lagi panggilan daripada seorang MAK untuk aku..
leteran yang sungguh bermakna untuk aku tidak lagi kedengaran..
sesungguhnya leteran dan nasihat yang diberikan itulah yang menggalakkan aku sehingga aku berjaya ke menara gading..
aku benar-benar merindui semua nasihat dan semangat yang mak berikan sebelum aku menduduki peperiksaan..
akan aku hadiahkan doaku serta kejayaanku untukmu insan yang benar-benarku sayang..
masihku ingat lagi kata-katamu yang ingin melihat aku berjaya menamatkan pengajianku di menara gading..
sungguh terkilan benar rasa hatiku bila impianmu itu tidak menjadi kenyataan..

Mak..
pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kesunyian melanda di dalam ruang legar rumah ini..
ia tidak semeriah bulan Ramadhan pada sebelum ini..
tidak lama lagi, Syawal pula akan kembali..
kesunyian dan kesedihan pasti wujud di benak hati semua seisi keluarga..
raya yang bakal tiba tanpa orang yang sangat disayangi..
hari yang ke 100 mak meninggalkan kami jatuh pada hari raya ketiga..
raya yang biasanya disambut gembira kini bakal tiba dengan linangan air mata..
air mata yang memberi makna kehilangan besar dalam keluarga ini..

Mak..
sesungguhnya Allah lebih sayangkan mak..
Allah tak mahu melihat mak lebih merana jika hidup di dunia ini..
Allah maha Penyayang..
pemergianmu kami terima dengan redha dan kami patuh dengan perintahNya..
kesemua suratan telah tertulis..
dan pemergianmu tidak bermaksud untuk kami sekeluarga akan melupakanmu..
dengan doa anak-anakmu ini, mak pasti tenang di alam sana serta sentiasa dirahmatiNya..

Mak..
beruntung bagi insan yang masih mempunyai EMAK..
aku juga tidak pernah merasa rugi mempunya seorang EMAK seperti mak..
mak yang sentiasa mengambil berat tentang setiap pergerakan serta masalah yang melanda anak-anaknya..
mak yang tidak pernah berat sebelah terhadap anak-anaknya..
mak yang sentiasa bersyukur dan bangga dengan anak-anaknya..
mak yang selalu merindui anak-anaknya..
mak yang selalu mendoakan kejayaan anak-anaknya..
mak yang tidak pernah merasa jemu dengan karenah anak-anaknya..
mak yang selalu menyokong anak-anaknya ke arah kebaikkan..
MAK seorang yang baik dan berhati mulia dengan semua orang disekelilingnya menyebabkan ramai yang terasa bila kehilangan insan seperti MAK..

"..Al-Fatihah untuk mak..semoga roh mak ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman serta beramal solehah..Amin.."

I LOVE AND MISS YOU SO MUCH, MAK..


0 comments:

Post a Comment

Happy Birthday SASHA!

Daisypath Happy Birthday tickers