Sunday, December 26, 2010

Kasih Sayang

~kasih sayang~


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.


Pelajar: Cikgu, macam kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun berjalan terus ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi cikgu cakap taditak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh saya petik..

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai seseorang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap ada berlaku. Semoga yang berlalu takkan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun banyak lagi yang lebih cantik dan baik seperti rumput...

0 comments:

Post a Comment

Happy Birthday SASHA!

Daisypath Happy Birthday tickers